My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Friday, May 29, 2009

Teh Tarik Mee Goreng

Teh Tarik dan Mee Goreng adalah makanan kegemaran ramai orang. Termasuklah familyku. Kawan-kawanku pun ramai yang sukakannya. Tapi kenapa aku tak suka makan makanan kegemaran ramai ni? Haa..mai nak habaq mai..

Mee Goreng:


Dulu, aku pernah terlihat seorang kanak-kanak kecil sedang bermain pasir. Tiba-tiba aku ternampak seperti dia sedang memakan sesuatu. Nampak macam mee goreng. Tapi kenapa mee goreng tersebut bergerak-gerak.. Eyekk.. Cacing rupanya. Lepas tu aku rasa trauma nak makan mee goreng. Kalau makan jugak rasa macam Fear Factor betul.


Teh Tarik:


Takder plak sejarah aku terjumpa something yang mengelikan dalam teh tarik. Tapi yang pasti, aku memang tak suka rasanya. Dah banyak kali aku try dan try nak minum jugak. Tapi tekak aku cakap dia tidak suka. Nak buat macam mana kan..


Mak aku cakap aku ni mengada-ngada. Memilih makanan.. Betul ke? Tapi aku rasa tidak. Cuma aku tidak suka mee goreng je. Ops, satu lagi..dan kueh-mueh yang lembik seperti bengkang pun aku tidak suka. Rasa macam mengunyah chew gum je.


Fiza cakap bila dah pregnant nanti, banyak makanan yang dulunya kita tak suka. Masa tu la kita nak makan sangat. Harap-harap jangan la aku suka makan mee goreng. Makanan lain takper. Trauma. Nasib baik la en. abg pun tak suka makan mee goreng..hehee.. Selamat aku dari kena masak mee goreng ;-P

Wednesday, May 20, 2009

Pulang

Selain dari engkau-

aku sungguh tidak mahu pulang ke mana lagi.

Friday, May 1, 2009

Mewarna

Jika manusia boleh ditafsirkan dengan warna,

aku mungkin
adalah hasil kerja tangankanak-kanak tadika
yang mengamuk dengan sekotak krayon Buncho.

Rambut biru. Bibir hijau. Tangan ungu.
Kaki merah. Hati kelabu.

Dan kalau aku boleh mewarna kamu,
[Belanja aku dulu kalau mau tahu ;-P]