My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Thursday, December 8, 2011

SummerCamp Anak Soleh 2011


Gempaknya CUTI sekolah!
Baru-baru ni aku menghantar adik-adikku Adam & Amilia ke Perkampungan Ilmu
yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak, Cheras.
  SummerCamp ini dianjurkan oleh Creative SQ Consultancy.
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM150 termasuk makan dan minum.
Di akhir program, sebelum majlis penutup dan pengambilan pelajar, ada slot ceramah bersama ibu bapa.
Ceramah oleh Ustaz Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin
iaitu Pengarah Urusan CSQ Training Consultancy itu sendiri.

Disini aku ingin berkongsi Tips dan doa untuk melembutkan hati anak-anak:
Baca Ya Rahman 30x.
Baca Ya Rahim 50x.
Serta doa: Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuawal qa wi yul aziaz.
Lalu di tiupkan di ubun-ubun anak.. Insyallah lembut hatinya.


Antara objektif program ini:
1. Memfokuskan kepada pembinaan watak seorang anak soleh dan pelajar cemerlang melalui modul kenali diri dan pembangunan potensi insan rabbani
2. Membina penghayatan dan pembudayaan ilmu melalui penekanan asas al quran, smart solat dan pengetahuan mengenai sirah  tauhid
3. Mempelajari teknik asas smart study untuk memperkemaskini persiapan menghadapi peperiksaaan 2012 serta mengisi masa cuti sekolah dengan berkesan
4. Menerapkan penghayatan Islam sebagai gaya hidup anak soleh, pelajar cemerlang insan rabbani

No comments: