My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Monday, June 11, 2012

11--6-2012: ~~ Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-2 ~~

Buat suami...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Masa berlalu begitu pantas sekali. 
Terasa baru semalam bergelar pengantin baru. 
Rupa-rupanya dah tahun kedua kita bersama. 
Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat kami berdua. .
hehe..

Abang, 
semoga perhubungan suci ini berkekalan hingga ke syurga. 
Apa juga yang abang lakukan syg tetap bersamamu. 
Syg tahu begitu banyak perjuangan dan perancangan yang ada dalam ‘kepala’ abang sama ada untuk kepentingan keluarga ataupun syarikat. 
Apa jua yang abang lakukan syg tetap menyokong dan setia bersamamu.
Dulu bujang, kemudian berdua, dan kini dah bertiga. 
Dengan kehadiran anak kesayangan kita Arissa 
menambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri. 
Arissa adalah segalanya. 
Kasih padanya tak pernah berbelah bagi. 
Walaupun letih bekerja, namun bila tengok muka Arissa yang cute macam  ayahnya, 
hilang semua keletihan..hehe..

Abang,
Di sisih tidak di buang jauh sekali. 
Merana tidak menagis pun tidak. 
Susahnya kita bersama , senang apatah lagi. 
Mengharungi kepayahan itu indah. 
Menikmati kesenangan itu bahagia. 
Merasai kesakitan kita bersama , mengharunginya kita tabah.
Masa itu berjalan terus.
Tidak berundur walaupun seminit.
Menghayati detik masa yang berlalu , pastinya kita harus menghargainya.
Atas nama ikatan yang suci , 
atas nama sebuah perhubungan semoga kita terus di berkati. 
Andai di beri bintang seribu. 
Andai di hadiahkan intan permata , 
aku hanya memilih diri mu tiada dua , 
tiga dan empat.Hanya diri mu seorang dalam di hati ku.

Semoga tahun depan kita dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama sama lagi.

No comments: