My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Friday, November 18, 2011

Fesyen Rambut Arissa

Kesian Arissa, abis rambut arissa di ikat tocang oleh makchaq nye..
Rambut sikit cinonet pun nak buat tocang jgk..
Mama arissa jgk yg suruh ikat nih..hehee..
Baru la nak mcm baby girl kan..

Klu tidak rambut trojan mcm baby boy je..huhuu..
Sampai semua org tegur,
"Comelnye baby ni.. baby boy ke girl?"
*doink*

Thursday, November 17, 2011

Arissa Shopping

Hari jumaat minggu lepas bawak arissa gi shopping barang dapur kat Az-Zain, Taipan.

Az-zain ni sebuah kedai yang menjual barang-barang buatan org islam seperti ayam organik, minuman, sabun dan banyak lagi la. Seperti brand HPA jgk. Bagus jugakkan sekali sekala kalau kita menyumbang kepada ekonomi umat islam..

Arissa pun sibuk nak shopping jugak. Habis barang-barang kat rak tu semua nak dicapainya..huhuu..

"Sabar ye sayang mama.. Nanti Arissa dah besar kita gi shopping sama-sama lg ye :-)"


Friday, November 11, 2011

11.11.11 Arissa 7 bulan

Harus ada entry hari ini. Tarikh cantik haruslah dikenang, betul tak? Bertambah istimewa kerana ia hari di mana permata hatiku bertukar kepada 7 bulan..huhuu.. Dah semakin besar Arissa..


Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah yang mengurniakan ku anak yang sempurna dan sihat seperti Arissa.

Sakit demam itu perkara biasa dan aku anggap ianya ujian dari Maha Pencipta kepada hamba Nya.

Tiada anugerah yang terindah daripada ini kerana dikurniakan cahaya mata yang sentiasa menggembirakan hati dan menceriakan dalam keluargaku.

p/s: Tahniah kepada kawan-kawan yg baru mendapat cahaya mata pada tarikh bertuah ni :-)