My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Wednesday, July 8, 2009

Mimpi?

Mimpi semalam membuatkan aku berfikir sejenak..Kenapa aku mimpi jumpa orang-orang yang dah mati?


Thursday, June 18, 2009

Asal usul intanharissa

Cuba korang terbalikkan N O R B A S I R A H..Jadi H A R I S A B R O N..Pelikkan bunyinya.. Harisabron..So, untuk komersialkan nama tu.. Aku ambil separuh je dari harisabron..Jadi la HARISA..hehe.. Kononnya komersial la tu..
Mana mai nya INTAN tu?Actually, intan harissa tu adalah nama seorang penulis novel..Aku dah tak ingat tajuk novel tu.. Buku tu pun entah ke mana perginya.Maybe hilang masa peristiwa banjir besar di rumahku dulu.’
So, lepas ni jangan ditanya kenapa nickname aku intanharissa..Penat oo den nak jawab..




INFO:
Harissa adalah nama hot red sauce or paste dari North African.Diperbuat dari chili peppers dan garlic. Atau kadang2 dicampurkan juga tomato.

Monday, June 15, 2009

Sunday, June 14, 2009

Sori Kak Z

Sejak kecil lagi, aku selalu disakatkan oleh maksuku.. Adakalanya maksuku menyorok di belakang pintu dengan membuat muka ala-ala hantu gitu.. Apabila aku ternampak, terkejut beruk aku dibuatnya.. Fuh..semangat.. Nasib baik la aku ni takder sakit jantung..

Dalam family, adik-adikku memang nakal kerana suka sangat menyakat orang.. Dengan cara yang sama iaitu menyorok dibelakang pintu atau mane-mane tempat yang boleh dijadikan tempat persembunyian.. Kalau sesiapa yang lalu je, maka dialah mangsa. Selalunya akulah mangsa itu.

Sekarang ni, aku pulak yang suka menyakat orang.. Pantang ada peluang je. Buruk betul perangai aku ni. Pada suatu petang di Perhilitan. Kak zaida bertanya kepada sesiapa yang hendak pergi ke toilet bersamanya. Aku dengan baik hatinya meng’offer’ diri untuk ke toilet bersama. Tak tahu la betul ke tidak. Cakapa-cakap dari orang perhilitan sendiri. Diorang cakap kat situ memang ‘keras’ sikit. Memang la keraskan. Dah nama pun dibuat dengan batu konkrit..hehee..

Semasa sendang menunggu kak zaida dalam toilet tu. Tiba-tiba timbul idea nakal aku untuk menyakat kak zaida. Apa lagi, aku terus bersembunyi di tepi dinding toilet. Sambil bersembunyi, aku terfikir. Macam mane kalau kak zaida ada sakit jantung nanti. Apa aku nak jawab dengan family dia? Ah..tak boleh jadi ni. Kak zaida ni dah la lemah lembut. Aku terus membatalkan niat ‘nakal’ tadi.

Baru je nak keluar dari tempat persembunyian, tup-tup Kak Zaida dah pun keluar dari toilet. Aku tidak jadi untuk terus keluar. Nanti terkezut lak kak zaida. Aku duduk diam-diam kat situ dan mengharapkan kak zaida tidak nampak aku. Tetapi semasa kak zaida keluar lalu je di tempat persembunyianku tadi, dia terus terpandang ke arahku. Jeng.. Jeng..

Aku dengan muka ayunya tersenyum padanya. Apa lagi, kak zaida nampak je mukaku terus dia terkejut beruk lalu menjerit macam nampak hantu. Lalu berlari keluar dari toilet. Aku yang berada di situ pun terkejut beruk sekali. Aku confius kejap. Confius samada kak zaida terkejut sebab memang nampak aku atau terkejut sebab nampak hantu kat tepi aku. Seram siot.

Fuh..lepas ni aku taubat dah. Bukan tau buat. Maafkan Shira, kak zaida..hehe.. Kadang-kadang tu bila teringat balik peristiwa tu, mesti aku tersenyum sendiri.. Kelakarnya..



Saturday, June 13, 2009

Lost Memory

Hari ini aku datang ofis walaupun hari sabtu. Cheewah..nak declare rajin la tu.. Maybe sebab bosan duduk umah kot. Bukan. Sebab di ofis lebih selesa untuk membuat kerja. Yati pergi dating. Jadi tinggal la aku sorang2 datang ofis. Memang semangat nak siapkan kerja.
Around pukul 4pm, aku terima email dari seorang kawan. Kawan yang aku tidak pernah kenali. Jumpa pun tak pernah. Dia cadangkan aku supaya tengok satu movie korea yang bertajuk “A Moment To Remember”, jika aku nak tahu apa itu Cinta Sejati. Erm..macam menarik je.
Tanpa membuang masa, aku pun terus klik pada link yang dia bagi di sini => [+]
http://tinyurl.com/qegklf.
Terdapat 26 video kesemuanya dan setiap video duration dia ialah lebih kurang 5 minit. Overall aku memang bagi 7 bintang daripada 5 untuk cerita korea ini. Jalan cerita yang menarik dan lakonan yang ditunjukkan sangat mengesankan.
Habis je tengok cerita ni, tak sangka pulak air mata aku berderaian jatuh tanpa dapat ditahan lagi. Cerita ni begitu menyentuh hatiku. Patutla kawanku berpesan supaya sediakan tisu sekali bila nak tengok movie ni. Jalan ceritanya ada kena mengena dengan kisah hidupku.
Cuba kamu bayangkan, orang yang sangat kamu cintai, tiba-tiba tidak ingat apa-apa tentang kamu. Tidak kenal siapa kamu. Tidak ingat memori-memori indah bersama kamu. Tentu sedihkan. Itulah yang aku alami.
Setelah mengalami kemalangan yang begitu dasyat. Akibat gegaran yang begitu kuat, en. abg mengalami kecederaan 3mm pada otaknya dibahagian menyimpan memori. Doktor cakap, maybe banyak benda yang dia tidak akan ingat buat sementara waktu ni. Tapi boleh pulih lama kelamaan.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasakan pada ketika itu. Sedih teramat sangat. Siang malam aku berdoa semoga en. abg cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Lebih kurang sebulan jugak baru lah dia dapat ingat siapa aku. Syukur kepada yang Maha Kuasa



Friday, June 12, 2009

Pillow LapTop

Bila mula membuat kerja ofis di rumah.Pada waktu malam. Lepas makan.Tiada meja study or meja jepun.Cuma meniarap atas tilam yang empuk.
Tiba-tiba laptopku transform menjadi bantal busukku.




Terus mataku jadi 1 line..hehe..
Argh.. tak boleh jadi ni.Esok kena datang ofis jugak ni walaupun hari cuti.

Thursday, June 11, 2009

Subuh bersama Faizal Tahir

Pukul 12 malam, aku set alarm handphone.Aku tetapkan masa pada pukul 5.10 am untuk solat subuh. Tetapi, pukul 6.05 am aku sudah pun terjaga. Aku terus ke bilik air. Ambil wuduk dan terus solat subuh. Semasa rakaat kedua, sewaktu membaca tahiyat akhir, tiba-tiba suara Faizal Tahir mula berlagu.

Handphone:
coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
tuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau adabila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Aduh, mula tidak khusyuk. Macam mana boleh lupa nak matikan alarm tadi? Sudah tahiyat akhir ni. Ish, lain kali aku kena set bunyi alarm orang mengaji al-quran. Baru afdal.

Wednesday, June 10, 2009

Patah Hati


Aku ada Pen..
Aku ada Pensel..
Aku ada Tulang Belakang..
Aku ada sepasang Boot..
Aku ada Handphone..
Aku ada Remote TV..
Aku ada Hanger..
Aku Bekas Air Peacock..
Aku ada Hidung..
Aku ada Pembaris..
Semua ini dapat kamu patahkan..
Jadi, kenapa pilih hati?
Okay, aku tarik balik. Hidung dan tulang
belakang tak perlu dikira.
Remote tv tu pun
xboleh.. Yati marah nanti..

Friday, May 29, 2009

Teh Tarik Mee Goreng

Teh Tarik dan Mee Goreng adalah makanan kegemaran ramai orang. Termasuklah familyku. Kawan-kawanku pun ramai yang sukakannya. Tapi kenapa aku tak suka makan makanan kegemaran ramai ni? Haa..mai nak habaq mai..

Mee Goreng:


Dulu, aku pernah terlihat seorang kanak-kanak kecil sedang bermain pasir. Tiba-tiba aku ternampak seperti dia sedang memakan sesuatu. Nampak macam mee goreng. Tapi kenapa mee goreng tersebut bergerak-gerak.. Eyekk.. Cacing rupanya. Lepas tu aku rasa trauma nak makan mee goreng. Kalau makan jugak rasa macam Fear Factor betul.


Teh Tarik:


Takder plak sejarah aku terjumpa something yang mengelikan dalam teh tarik. Tapi yang pasti, aku memang tak suka rasanya. Dah banyak kali aku try dan try nak minum jugak. Tapi tekak aku cakap dia tidak suka. Nak buat macam mana kan..


Mak aku cakap aku ni mengada-ngada. Memilih makanan.. Betul ke? Tapi aku rasa tidak. Cuma aku tidak suka mee goreng je. Ops, satu lagi..dan kueh-mueh yang lembik seperti bengkang pun aku tidak suka. Rasa macam mengunyah chew gum je.


Fiza cakap bila dah pregnant nanti, banyak makanan yang dulunya kita tak suka. Masa tu la kita nak makan sangat. Harap-harap jangan la aku suka makan mee goreng. Makanan lain takper. Trauma. Nasib baik la en. abg pun tak suka makan mee goreng..hehee.. Selamat aku dari kena masak mee goreng ;-P

Wednesday, May 20, 2009

Pulang

Selain dari engkau-

aku sungguh tidak mahu pulang ke mana lagi.

Friday, May 1, 2009

Mewarna

Jika manusia boleh ditafsirkan dengan warna,

aku mungkin
adalah hasil kerja tangankanak-kanak tadika
yang mengamuk dengan sekotak krayon Buncho.

Rambut biru. Bibir hijau. Tangan ungu.
Kaki merah. Hati kelabu.

Dan kalau aku boleh mewarna kamu,
[Belanja aku dulu kalau mau tahu ;-P]

Wednesday, April 15, 2009

Malas

Semua org dah update blog..
Tp nape la aku malas sgt nak update blog aku..
Tahap kemalasan yg melampau nih..

Saturday, April 4, 2009

Pasrah


“Ya Allah Ya Tuhanku..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia(…) bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlahdia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Berilah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang walaupun tanpa dia disisi..
Pasrahlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hambamu..”
Aku pasrah dengan segala apa berlaku..