My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Saturday, June 13, 2009

Lost Memory

Hari ini aku datang ofis walaupun hari sabtu. Cheewah..nak declare rajin la tu.. Maybe sebab bosan duduk umah kot. Bukan. Sebab di ofis lebih selesa untuk membuat kerja. Yati pergi dating. Jadi tinggal la aku sorang2 datang ofis. Memang semangat nak siapkan kerja.
Around pukul 4pm, aku terima email dari seorang kawan. Kawan yang aku tidak pernah kenali. Jumpa pun tak pernah. Dia cadangkan aku supaya tengok satu movie korea yang bertajuk “A Moment To Remember”, jika aku nak tahu apa itu Cinta Sejati. Erm..macam menarik je.
Tanpa membuang masa, aku pun terus klik pada link yang dia bagi di sini => [+]
http://tinyurl.com/qegklf.
Terdapat 26 video kesemuanya dan setiap video duration dia ialah lebih kurang 5 minit. Overall aku memang bagi 7 bintang daripada 5 untuk cerita korea ini. Jalan cerita yang menarik dan lakonan yang ditunjukkan sangat mengesankan.
Habis je tengok cerita ni, tak sangka pulak air mata aku berderaian jatuh tanpa dapat ditahan lagi. Cerita ni begitu menyentuh hatiku. Patutla kawanku berpesan supaya sediakan tisu sekali bila nak tengok movie ni. Jalan ceritanya ada kena mengena dengan kisah hidupku.
Cuba kamu bayangkan, orang yang sangat kamu cintai, tiba-tiba tidak ingat apa-apa tentang kamu. Tidak kenal siapa kamu. Tidak ingat memori-memori indah bersama kamu. Tentu sedihkan. Itulah yang aku alami.
Setelah mengalami kemalangan yang begitu dasyat. Akibat gegaran yang begitu kuat, en. abg mengalami kecederaan 3mm pada otaknya dibahagian menyimpan memori. Doktor cakap, maybe banyak benda yang dia tidak akan ingat buat sementara waktu ni. Tapi boleh pulih lama kelamaan.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasakan pada ketika itu. Sedih teramat sangat. Siang malam aku berdoa semoga en. abg cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Lebih kurang sebulan jugak baru lah dia dapat ingat siapa aku. Syukur kepada yang Maha Kuasa



No comments: