Sejak kecil lagi, aku selalu disakatkan oleh maksuku.. Adakalanya maksuku menyorok di belakang pintu dengan membuat muka ala-ala hantu gitu.. Apabila aku ternampak, terkejut beruk aku dibuatnya.. Fuh..semangat.. Nasib baik la aku ni takder sakit jantung..
Dalam family, adik-adikku memang nakal kerana suka sangat menyakat orang.. Dengan cara yang sama iaitu menyorok dibelakang pintu atau mane-mane tempat yang boleh dijadikan tempat persembunyian.. Kalau sesiapa yang lalu je, maka dialah mangsa. Selalunya akulah mangsa itu.
Sekarang ni, aku pulak yang suka menyakat orang.. Pantang ada peluang je. Buruk betul perangai aku ni. Pada suatu petang di Perhilitan. Kak zaida bertanya kepada sesiapa yang hendak pergi ke toilet bersamanya. Aku dengan baik hatinya meng’offer’ diri untuk ke toilet bersama. Tak tahu la betul ke tidak. Cakapa-cakap dari orang perhilitan sendiri. Diorang cakap kat situ memang ‘keras’ sikit. Memang la keraskan. Dah nama pun dibuat dengan batu konkrit..hehee..
Semasa sendang menunggu kak zaida dalam toilet tu. Tiba-tiba timbul idea nakal aku untuk menyakat kak zaida. Apa lagi, aku terus bersembunyi di tepi dinding toilet. Sambil bersembunyi, aku terfikir. Macam mane kalau kak zaida ada sakit jantung nanti. Apa aku nak jawab dengan family dia? Ah..tak boleh jadi ni. Kak zaida ni dah la lemah lembut. Aku terus membatalkan niat ‘nakal’ tadi.
Baru je nak keluar dari tempat persembunyian, tup-tup Kak Zaida dah pun keluar dari toilet. Aku tidak jadi untuk terus keluar. Nanti terkezut lak kak zaida. Aku duduk diam-diam kat situ dan mengharapkan kak zaida tidak nampak aku. Tetapi semasa kak zaida keluar lalu je di tempat persembunyianku tadi, dia terus terpandang ke arahku. Jeng.. Jeng..
Aku dengan muka ayunya tersenyum padanya. Apa lagi, kak zaida nampak je mukaku terus dia terkejut beruk lalu menjerit macam nampak hantu. Lalu berlari keluar dari toilet. Aku yang berada di situ pun terkejut beruk sekali. Aku confius kejap. Confius samada kak zaida terkejut sebab memang nampak aku atau terkejut sebab nampak hantu kat tepi aku. Seram siot.
Fuh..lepas ni aku taubat dah. Bukan tau buat. Maafkan Shira, kak zaida..hehe.. Kadang-kadang tu bila teringat balik peristiwa tu, mesti aku tersenyum sendiri.. Kelakarnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment