My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Thursday, July 5, 2012

20-06-2012: ~~ Selamat Hari Lahir Suamiku ~~

Special wish to My Beloved Husband. 
Hepi BestDay abg..
Semoga Allah panjangkan umur, 
murahkan rezeki, 
di terima segala amalan 
& berbahagia sentiasa.
We Luv U so much..
- with Arissa & baby in the womb :-)
Alhamdulillah hari ini bertambah lagi usiamu. 
Ku doakan moga pertambahan usia ini meningkatkan kematangan kita bersama. 
Terus terang kukatakan , di kaulah anugerah terbaik yang Allah berikan kepada ku.
Tidak pernah ku terima anugerah sebaik mu. 
Kehadiranmu memberikan kekuatakn kepada diri ku.
Waktu susah engkaulah semangat ku , waktu senang engkaulah komediku.
Akhir kata buat suami ku yang ku cintai dan sayangi , 
Selamat Hari Lahir yang ke 30. 
Semoga tahun ini akan terus memberikan kita seribu makna dengan kehadiran cahaya mata nanti.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, 
dunia dan akhirat, bersama kita gapai penuh kesyukuran. 
Harapan dan impianku abang, 
agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. 
Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu 
walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....

Selagi jasad ini bernafas , selagi itu cintaku padamu akan bersama. 
Walaupun tiada harta berjuta tapi diri mu dalam hati ini sebagai suami yang pertama dan terakhir. 
Amin!

Monday, June 11, 2012

11--6-2012: ~~ Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-2 ~~

Buat suami...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Masa berlalu begitu pantas sekali. 
Terasa baru semalam bergelar pengantin baru. 
Rupa-rupanya dah tahun kedua kita bersama. 
Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat kami berdua. .
hehe..

Abang, 
semoga perhubungan suci ini berkekalan hingga ke syurga. 
Apa juga yang abang lakukan syg tetap bersamamu. 
Syg tahu begitu banyak perjuangan dan perancangan yang ada dalam ‘kepala’ abang sama ada untuk kepentingan keluarga ataupun syarikat. 
Apa jua yang abang lakukan syg tetap menyokong dan setia bersamamu.
Dulu bujang, kemudian berdua, dan kini dah bertiga. 
Dengan kehadiran anak kesayangan kita Arissa 
menambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri. 
Arissa adalah segalanya. 
Kasih padanya tak pernah berbelah bagi. 
Walaupun letih bekerja, namun bila tengok muka Arissa yang cute macam  ayahnya, 
hilang semua keletihan..hehe..

Abang,
Di sisih tidak di buang jauh sekali. 
Merana tidak menagis pun tidak. 
Susahnya kita bersama , senang apatah lagi. 
Mengharungi kepayahan itu indah. 
Menikmati kesenangan itu bahagia. 
Merasai kesakitan kita bersama , mengharunginya kita tabah.
Masa itu berjalan terus.
Tidak berundur walaupun seminit.
Menghayati detik masa yang berlalu , pastinya kita harus menghargainya.
Atas nama ikatan yang suci , 
atas nama sebuah perhubungan semoga kita terus di berkati. 
Andai di beri bintang seribu. 
Andai di hadiahkan intan permata , 
aku hanya memilih diri mu tiada dua , 
tiga dan empat.Hanya diri mu seorang dalam di hati ku.

Semoga tahun depan kita dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama sama lagi.

Thursday, March 15, 2012

Laksa Penang

Huhu..atas permintaan ramai, 
akhirnya aku publish jgk resepi laksa penang ala shira.. 
cheewahh..letak nama sendiri plak..

Bahan-bahan
1 kg laksa kering - direndam kemudian celur hingga lembut
2 liter air
1 kg ikan kembung/sardin/selayang
5 keping asam gelugur
Sedikit air asam jawa
Seikat daun kesum
2 hiris lengkuas
1 batang serai di titik
1 kuntum bunga kantan - di potong kecil
2 inci belacan
garam secukup rasa
Bahan Kisar
2 labu bawang besar
4 tangkai cili api
10 tangkai cili kering - direndam air panas & dikisar
(kisar dengan sedikit air hingga halus)
Bahan Sampingan
1 potong nenas - di hiris 
1 biji timun - di potong nipis dan memanjang
2 tangkai cili merah - di hiris
1 ulas bawang merah - di hiris
6 tangkai daun pudina 
Daun Salad
Sedikit hirisan bunga kantan
4 biji limau kasturi di belah dua
Sedikit daun selom
Cara-cara :
1.  Didihkan separuh air dan rebus ikan hingga masak.   
Angkat dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil2. 
2.  Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.
3.  Kemudian masukkan garam secukupnya.  Biarkan mendidih seketika.
4.  Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.

Tuesday, January 17, 2012

11.01.12 Arissa 9 bulan

Pada hb ni, genap arissa 9 bulan. Berat 8 kg.
Bermakna, dah 9 bulan aku breastfeed arissa..
Alhamdulillah...
Berjaya jugak aku arissa breastfeeding sepenuhnya sampai 6 bulan..
Skrg, campur dengan susu formula + solid food..
Insyallah, kalau diizinkan..
Aku berazam akan teruskan breastfeed sehingga arissa berumur 2 tahun..

Perkembangan arissa pada umur 9 bulan.
Ermm..Arissa dah pandai memanjat..
Memang skrg nih tak boleh duduk diam lgsg..
Habis semua benda seperti sofa dan meja dia panjat.

Selain tu, arissa dah mula belajar tatih berjalan.
Berjalan dari hujung meja ke hujung meja.

    Dah pandai sebut 'Mama'..
Kalau sebelum ni asyik sebut ayah je..
Skrg ni, pantang nampak aku lalu depan dia.
Kalau x ambil dan dukung.
Mesti arissa akan menangis sambil panggil 'Mama'..

Arissa juga pantang nampak orang pegang hp..
Mesti dia tersengih tersenyum.. Kononnya tgh posing la tu..hehe..
Ingat orang nak ambil gambar dia..
Arissa paling suka dengar orang berzikir..
Mesti dia akan tengok, lepas tu cuba ikut dengan cara sendiri..

Pasal rambut arissa, still 'trojan'..huhuu..
Walaupun dah letak minyak rambut, tak sampai tghr dah naik balik.
Ikut sape la tu.. 
Memang anak ayah..

Apapun, mama sayang arissa..
Sayang sangat-sangat..
Semoga arissa membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah..
Amin..