My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Sunday, December 18, 2011

11.12.11 Arissa 8 Bulan

Samurai Girlz

11.12.11
Tarikh ini genap Arissa 8 bulan.
Cepatnya masa berlalu.
Rasa baru semalam arissa lahir.
Sekarang gigi pun dah tumbuh 2 batang bawah dan atas..

Perkembangan arissa pada usia 7 & 8 bulan:

Dari segi perkembangan tubuh badan,
Arissa dapat duduk dengan baik tanpa perlu disokong.
Ia juga sudah dapat merangkak,
mengangkat badan dengan bantuan meja @ kerusi hingga dalam posisi berdiri.
Memegang botol susu dan minum sendiri.
Membuang benda yang tidak ia sukai.
Mengambil benda-benda kecil, berteriak memanggil orang lain.

Dari segi kemahiran belajar pula,
Arissa dapat mengenali namanya sendiri apabila dipanggil.
Pandai membuat pelbagai jenis bunyi untuk menarik perhatian.
Seperti pura-pura batuk atau buat bunyi kucing tgh marah.

Kemahiran Bertutur
Sudah pandai menyebut "ayahh".
Pandai menyebut huruf-huruf tertentu apabila melihat flash card hijaiyah
seperti "alif", "ba'".
Bermain dengan bibirnya dengan menyebut perkataan yang mudah berulang kali.
Pandai menarik perhatian orang lain dengan membuat bunyi-bunyi pelik
seperti bunyi kucing tengah marah.
Berminat dalam perbualan orang dewasa.
Terumatam apabila tengah bercakap dengan hp.

Sunday, December 11, 2011

Arissa di Ofis

Weekend nih, arissa teman ayah di ofis.
Suami aku bz buat tender sampai tgh malam.
Kebeltulan plak aku pun memang ada keje nak buat selain update blog.
Sekali dgn warker arissa kami usung ke ofis.
Suker betul arissa masa tu. Kat ofis luas skit berbanding di rumah.
Panjang skit kaki dia. Ke sana ke sini dia boleh pegi.
Habis semua bilik arissa pegi melawat.
Tgk tu, siap mengintai dari dalam bilik lagi.
Hai la ArisSa.. Anak mama sorang nih..

Thursday, December 8, 2011

SummerCamp Anak Soleh 2011


Gempaknya CUTI sekolah!
Baru-baru ni aku menghantar adik-adikku Adam & Amilia ke Perkampungan Ilmu
yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak, Cheras.
  SummerCamp ini dianjurkan oleh Creative SQ Consultancy.
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM150 termasuk makan dan minum.
Di akhir program, sebelum majlis penutup dan pengambilan pelajar, ada slot ceramah bersama ibu bapa.
Ceramah oleh Ustaz Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin
iaitu Pengarah Urusan CSQ Training Consultancy itu sendiri.

Disini aku ingin berkongsi Tips dan doa untuk melembutkan hati anak-anak:
Baca Ya Rahman 30x.
Baca Ya Rahim 50x.
Serta doa: Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuawal qa wi yul aziaz.
Lalu di tiupkan di ubun-ubun anak.. Insyallah lembut hatinya.


Antara objektif program ini:
1. Memfokuskan kepada pembinaan watak seorang anak soleh dan pelajar cemerlang melalui modul kenali diri dan pembangunan potensi insan rabbani
2. Membina penghayatan dan pembudayaan ilmu melalui penekanan asas al quran, smart solat dan pengetahuan mengenai sirah  tauhid
3. Mempelajari teknik asas smart study untuk memperkemaskini persiapan menghadapi peperiksaaan 2012 serta mengisi masa cuti sekolah dengan berkesan
4. Menerapkan penghayatan Islam sebagai gaya hidup anak soleh, pelajar cemerlang insan rabbani

Sunday, December 4, 2011

Mak Tok dan Cucunya

Arissa beruntung.
Dari mula arissa lahir sampai sekarang, maktok ada jaga Arissa.
Kasih sayang yang tidak berbelah bagi..
Cuba kalau aku hantar arissa di Pusat Asuhan Bayi.
Oh tidak, x dapat dibayangkan.
Baik aku berhenti kerja je kan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mak.
Yang sudi berpenat lelah menjaga Arissa.
Kadang2 tak tidur malam sama2 tgk arissa yg suka nangis ni.
Kadang2 aku rasa bersalah jugak, dah la kena jaga aku masa kecik.
Dah tua2, kena jaga cucu pulak.
Walaupun sejuta kebaikan yg aku buat.
Namun, budimu tidak mungkin dapat ku balas.
I love u mak..

Friday, November 18, 2011

Fesyen Rambut Arissa

Kesian Arissa, abis rambut arissa di ikat tocang oleh makchaq nye..
Rambut sikit cinonet pun nak buat tocang jgk..
Mama arissa jgk yg suruh ikat nih..hehee..
Baru la nak mcm baby girl kan..

Klu tidak rambut trojan mcm baby boy je..huhuu..
Sampai semua org tegur,
"Comelnye baby ni.. baby boy ke girl?"
*doink*

Thursday, November 17, 2011

Arissa Shopping

Hari jumaat minggu lepas bawak arissa gi shopping barang dapur kat Az-Zain, Taipan.

Az-zain ni sebuah kedai yang menjual barang-barang buatan org islam seperti ayam organik, minuman, sabun dan banyak lagi la. Seperti brand HPA jgk. Bagus jugakkan sekali sekala kalau kita menyumbang kepada ekonomi umat islam..

Arissa pun sibuk nak shopping jugak. Habis barang-barang kat rak tu semua nak dicapainya..huhuu..

"Sabar ye sayang mama.. Nanti Arissa dah besar kita gi shopping sama-sama lg ye :-)"


Friday, November 11, 2011

11.11.11 Arissa 7 bulan

Harus ada entry hari ini. Tarikh cantik haruslah dikenang, betul tak? Bertambah istimewa kerana ia hari di mana permata hatiku bertukar kepada 7 bulan..huhuu.. Dah semakin besar Arissa..


Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah yang mengurniakan ku anak yang sempurna dan sihat seperti Arissa.

Sakit demam itu perkara biasa dan aku anggap ianya ujian dari Maha Pencipta kepada hamba Nya.

Tiada anugerah yang terindah daripada ini kerana dikurniakan cahaya mata yang sentiasa menggembirakan hati dan menceriakan dalam keluargaku.

p/s: Tahniah kepada kawan-kawan yg baru mendapat cahaya mata pada tarikh bertuah ni :-)

Sunday, October 16, 2011

Cer Coding


Cer Coding. Wahh..indahnya perasaan apabila ber'coding'.. Bahagianya.. My passion.. perghhh..ayat-ayat positif..

Keje ni je yg aku tahu buat. Periuk nasi aku. Commitment aku. Tapi kenapa lps cuti bersalin je rasa hilang segala skill meng'coding' aku. Mybe lama sgt kot cuti bersalin.. Tambahan plak klu ada error. Stuck lama la kat situ.. Dgn family lg..huhuu..

Ya Allah, kuatkan lah semangat aku utk meng'coding' nihh..Aminnn..

Thursday, October 13, 2011

Work at Home

hehe..acting as busy mom and housewives..


and work at home..huhu..

Tuesday, October 11, 2011

ArisSa: 6 bulan

Hari ini genap arissa 6 bulan. Maknanya dah 1 tahun 4 bulan usia perkahwinanku..huhuu.. Cepatnye masa berlalu.

Semoga buah hati pengarang jantungku ini membesar dgn sihat & cerdas serta menjadi anak yg solehah kelak.. Amin..

Friday, October 7, 2011

Sunday, May 15, 2011

Welcome ARisSa..!!

Memperkenalkan permata hati ayah & mama..
Arissa binti Ahmad Aizamuddin..
Tanggal 11/04/2011 10:10am. Lahir di KPMC Puchong. Berat 3.2 kg.

Sunday, January 16, 2011

What is Love?

For me, love is:
- happiness
- pain
- hope
- life
- wonder
- drug
- everything..

How about u?
Demi "Cik Peah's Contest" punya pasal, akhirnya aku publish jgk blog yg aku sorokkan setelah sekian lamanya.. huhuu..
Cinta bagiku adalah mengajar aku untuk menjadi seorang yang kuat untuk menepis segala “anasir-anasir” luar yang cuba menggugat cinta kami. Cinta kami juga mengajarku apa maksud rindu dan sayang. Apa itu masa depan. Apa itu kehidupan.
Terlalu banyak ranjau dan duri yg terpaksa kami lalui untuk jadi seperti skrg.. Walaupun sudah beberapa kali dia hampir pergi dari hidupku. Tapi akhirnya, skrg dia sudah menjadi SUAMIKU.
Cinta bagiku, aku percaya, jika benar dia jodoh yang sudah tertulis dan cinta sejati kita, walau macam mne jauh sekalipun. Akhirnya dia akan datang pada kita juga.
Kata org, kalau kita terlalu senang untuk mendapatkan sesuatu, kita mungkin susah untuk menghargainya.. Ya. Aku menghargainya dan bersyukur dengan apa yang aku miliki skrg.. Alhamdulillah..
Entry ini aku dedikasikan untuk suamiku yang tercinta. I love him so much..

Wednesday, January 12, 2011

i'll always be happy with u


I want him to know that he’s my strenght.
He’s my backbone and my inspiration.
I love him so much, more than what he know.
Whoever he is and what is his past.
He’s still my guidance light, the love of my life.

Hari-hari dalam Hidupku

Aku melangkahkan kaki, berjalan, melihat, mentafsir,jatuh tersungkur lalu bangkit semula kemudian berjalan kembali ke destinasi….