My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Sunday, December 18, 2011

11.12.11 Arissa 8 Bulan

Samurai Girlz

11.12.11
Tarikh ini genap Arissa 8 bulan.
Cepatnya masa berlalu.
Rasa baru semalam arissa lahir.
Sekarang gigi pun dah tumbuh 2 batang bawah dan atas..

Perkembangan arissa pada usia 7 & 8 bulan:

Dari segi perkembangan tubuh badan,
Arissa dapat duduk dengan baik tanpa perlu disokong.
Ia juga sudah dapat merangkak,
mengangkat badan dengan bantuan meja @ kerusi hingga dalam posisi berdiri.
Memegang botol susu dan minum sendiri.
Membuang benda yang tidak ia sukai.
Mengambil benda-benda kecil, berteriak memanggil orang lain.

Dari segi kemahiran belajar pula,
Arissa dapat mengenali namanya sendiri apabila dipanggil.
Pandai membuat pelbagai jenis bunyi untuk menarik perhatian.
Seperti pura-pura batuk atau buat bunyi kucing tgh marah.

Kemahiran Bertutur
Sudah pandai menyebut "ayahh".
Pandai menyebut huruf-huruf tertentu apabila melihat flash card hijaiyah
seperti "alif", "ba'".
Bermain dengan bibirnya dengan menyebut perkataan yang mudah berulang kali.
Pandai menarik perhatian orang lain dengan membuat bunyi-bunyi pelik
seperti bunyi kucing tengah marah.
Berminat dalam perbualan orang dewasa.
Terumatam apabila tengah bercakap dengan hp.

Sunday, December 11, 2011

Arissa di Ofis

Weekend nih, arissa teman ayah di ofis.
Suami aku bz buat tender sampai tgh malam.
Kebeltulan plak aku pun memang ada keje nak buat selain update blog.
Sekali dgn warker arissa kami usung ke ofis.
Suker betul arissa masa tu. Kat ofis luas skit berbanding di rumah.
Panjang skit kaki dia. Ke sana ke sini dia boleh pegi.
Habis semua bilik arissa pegi melawat.
Tgk tu, siap mengintai dari dalam bilik lagi.
Hai la ArisSa.. Anak mama sorang nih..

Thursday, December 8, 2011

SummerCamp Anak Soleh 2011


Gempaknya CUTI sekolah!
Baru-baru ni aku menghantar adik-adikku Adam & Amilia ke Perkampungan Ilmu
yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak, Cheras.
  SummerCamp ini dianjurkan oleh Creative SQ Consultancy.
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM150 termasuk makan dan minum.
Di akhir program, sebelum majlis penutup dan pengambilan pelajar, ada slot ceramah bersama ibu bapa.
Ceramah oleh Ustaz Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin
iaitu Pengarah Urusan CSQ Training Consultancy itu sendiri.

Disini aku ingin berkongsi Tips dan doa untuk melembutkan hati anak-anak:
Baca Ya Rahman 30x.
Baca Ya Rahim 50x.
Serta doa: Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuawal qa wi yul aziaz.
Lalu di tiupkan di ubun-ubun anak.. Insyallah lembut hatinya.


Antara objektif program ini:
1. Memfokuskan kepada pembinaan watak seorang anak soleh dan pelajar cemerlang melalui modul kenali diri dan pembangunan potensi insan rabbani
2. Membina penghayatan dan pembudayaan ilmu melalui penekanan asas al quran, smart solat dan pengetahuan mengenai sirah  tauhid
3. Mempelajari teknik asas smart study untuk memperkemaskini persiapan menghadapi peperiksaaan 2012 serta mengisi masa cuti sekolah dengan berkesan
4. Menerapkan penghayatan Islam sebagai gaya hidup anak soleh, pelajar cemerlang insan rabbani

Sunday, December 4, 2011

Mak Tok dan Cucunya

Arissa beruntung.
Dari mula arissa lahir sampai sekarang, maktok ada jaga Arissa.
Kasih sayang yang tidak berbelah bagi..
Cuba kalau aku hantar arissa di Pusat Asuhan Bayi.
Oh tidak, x dapat dibayangkan.
Baik aku berhenti kerja je kan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mak.
Yang sudi berpenat lelah menjaga Arissa.
Kadang2 tak tidur malam sama2 tgk arissa yg suka nangis ni.
Kadang2 aku rasa bersalah jugak, dah la kena jaga aku masa kecik.
Dah tua2, kena jaga cucu pulak.
Walaupun sejuta kebaikan yg aku buat.
Namun, budimu tidak mungkin dapat ku balas.
I love u mak..