My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Saturday, December 2, 2006

Cuti-cuti Brunei

Jumaat adalah hari cuti bg negara Brunei. Tp slalunya aku cuti bkn ikut Brunei. Tp ikut bos aku. Kdg2 Jumaat & Ahad pun kena keje gak.

So, aku amik peluang ni utk bgn lewat.. hehee.. Klu mak aku tahu, mesti dia marah. Kul9.30pg baru aku bgn tido. Aku buat Yoga kjap. Pastu cuci bilik & toilet. Mandi. Mkn maggi. Pastu tido blk.

Ptg ni aku gi cari Idd Card kat Mall dgn Y. Erm.. B$5 leh ckp 28 minit utk call ke msia. Maknanya seminit lbh kurang 40sen. Tp kena guna no brunei. Klu tdk dikira roaming. Argh..tp aku cuma ada no msia je. Xper la, terpaksa la tunggu bf aku je yg call.

Friday, December 1, 2006

Nak ikut..!!

Khamis, hari ni M akan blk ke Malaysia. Sedih la plak. Nanti kurang la sorg lg dlm team kami. Lgpun sejak 2 menjak ni aku & Y mmg rapat dgn M. Ye la, dia la yg jd instructor yoga aku tu. Mesti bosan nanti.

Kul4 kami dah hantar dia ke airport Bandar Seri Begawan. Sedihnya. Pertama, sbb dia nak tinggalkan kami. Kedua, sbb aku xleh ikut dia skali blk Msia..wawaaa... Aku rindu sgt nak jumpe bf aku. Klu ada space lg dlm bagasi M, dah lama aku masuk..hehee...

Mlm, goreng fries yg aku silap beli tu. Mana tak nya. Ada ke patut aku beli fries yg diperbuat dari ubi kayu. Mmg la x sedap. Lepas mkn 2 3 fries. Aku & Y terus tgk chinese movie 'Jasmine Woman' yg dipinjam dari Uncle N. Cerita dia sgt membosankan. Mgisahkan sorg pompuan yg dikecewakan oleh lelaki sampai 3 generasi. Klu blh bg bintang, aku bg 1 bintang je.

Tgh dok layan movie tu, tiba bf aku call ke apartment. Wah..hepinye aku.. Blh ckp lama2 dgn dia. Jelas & nyata lak tu. Bestnye blh dgr suara macho dia..

7hb ni dia akan ke Beijing. Aku ingat psl keje. Rupanya family day.. Ceh.. Klu 'family day', awal2 lg aku nak ikut...Waa... Tp apakan daya. Aku ada kat Brunei lg. Geramnya.... Nak ikut jugakk!!!

Tuesday, November 28, 2006

Rindu padamu..

Smlm aku x blh tidur.. Aku rindu pdnya.. Asyik teringatkan dia je. Sblm ni pun aku penah bercinta jgk. Tp xder la seteruk ini rinduku. Xder la sedalam ni cintaku pdnya. Dia mmg blh buat aku jd gila. Dia blh buat aku menangis. Aku mmg terlalu sygkan dia.

Bermula 5 tahun lepas. Dr minat bertukar jd syg. Syg jd cinta. Mmg dia yg aku impikan selama ni. Aku harap aku xkan kehilangannya lg.

Monday, November 27, 2006

Yoga

Hahaa..smlm tiba2 lak rasa nak buat yoga. Tu
pun sbb ofismate aku beria2 ajak aku ikut dia
buat yoga. Dia la jd instructor aku. Aku ingat
yoga ni satu senaman yg memboringkan. Mana x
nya.. Asyik duduk je mcm org sdg btafakur.
Mgkin hanya utk ketenangan fikiran saje.
Tp sbnrnya anggapan aku tu silap. First time
aku buat yoga aku rasa best sgt. Boleh mandi
peluh jgk la dibuatnya. Aku suka sbb exercise
dia slow je. X meletihkan lgsg. Tp boleh
buatkan kita berpeluh. Mmg best la. Syok sgt.

Yg bagusnye yoga ni, dia blh shape body kita
spy lg cantik..hahaa.. Tgk la nanti, body aku
cantik x? Tp aku buat yoga bkn utk cantikkan
body.. Sbb aku rasa body aku dah cukup
cantik(perasan je lebih ;-P) Tp yoga sdikit
sbyk blh bg ktenangan pd aku. Aku blh mlupakan
masalah buat sketika.

Lepas ni aku nak buat yoga yg guna gym ball
lak. Mesti lg menarik. Tp aritu aku cari kat
fitness center dah sold out lak.. Rajin btul
org brunei buat exercise sampai habis bola tu.
Nampaknya blk msia la baru bleh buat.

Sunday, November 26, 2006

Convocation

Harini konvo Kekasihku.. Tp syg aku x dpt
menghadirinya. Sbnrnya aku teringin sgt nak
pergi ke konvo tu. Tp apa blh buat. Aku masih
lg di Brunei skrg ni. Klu aku ada sayap, dah
lama aku terbang ke sana..hehee..

Saturday, November 25, 2006

Miri..

Bestnye hari ni aku dan team aku akan makan angin di miri.. Akhirnya kluar gak dr Brunei.. Tp motif utama kami ke sana utk cop passport. Stiap 14hari aku skali aku kena cop pasport. Slalunya kami akan cop di KL(Kuala Lurah) jer.

Yg plg bestnya, aku blh buat pgilan lama2 dgn buah hati aku. Ye la, klu nak buat pgilan dr Brunei sgt mahal. Roaming mmg mahal gila. Bygkan seminit RM3. Klu baru 10 minit dah RM30 habis. Skali msg je dah RM2. Sbb tu la aku akan mgunakan pluang ni utk bercakap lama2 dgn dia. Tp dia mesti busy dgn konvo dia esok hari. Apa pun ini shj cara utk aku melepaskan rinduku pdnya. Mmg rindu sgt2.

Sepanjang perjalanan aku asyik fikirkan dia. Suara2 dia tergiang2 di telingaku. Saat2 manis aku dgn dia bermain2 difikiranku. Mmg aku rindukan dia. Rindu sgt2..

Thursday, November 23, 2006

Cintaku jauh di seberang..

Td abg send sms.. Dia ckp lg 2 minggu dia akan
ke Beijing.. Tiba2 aku rasa x sedap hati..
Tp knape aku kena rasa mcm tu.. Spatutnya aku
gembira utk dia. Sbb aku pun sememangnya
berada jauh dari dia.. Di Brunei..
Ntahla, maybe aku takut dia tinggalkan aku
kot.. Mane la tahu dia jumpe amoi yg lg cantik
dari aku kat sane..hehee..
Apa la aku ni.. Boleh fikir mcm tu. Spatutnya
aku percaya pd cinta dia pd aku.. Aku mmg
yakin dan dpt rasa yg dia mmg btul2 cintakan
aku. Cuma sbg wanita, kdg2 perasaan takut tu
ada jgk.