My Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Little Arissa First Birthday

Lilypie Second Birthday tickers

My Pregnancy

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, September 30, 2008

Persiapan Raya

1. Baju RayaTahun ini baju rayaku kaler purple. My Fevret kaler. Konon-konon kalau aku nak kahwin nanti pun aku nak kaler tema purple. Slamberrrrr.. Tu pun kalau ada orang yang nak datang meminang aku. Beli baju raya untuk mak, abah, adik-adik (Shuhada, Amilia, Adam) dan untuk anak buah (Nurul Ashikin). Walaupun duit tinggal nyawa2 ikan, yang penting diorg hepi.

2. Kueh RayaKueh raya adalah hasil tangan my sister. Itu pun malam raya ke-2 baru dapat. Yang lain2 tu buat kueh tradisional je.. Seperti cucuq meneram, kueh rotan, kueh siput. Maruku & kekacang beli aja. Tahun ni sangat simple. Al-maklum la ramai adik beradikku yang tiada. Mood raya tu kureng sikit.
3. Duit rayaOleh kerana gajiku hampir habis buat persiapan raya, beli baju raya dan nak tukaq duit pun tak dapat. Jadinya, pemberian duit hari raya hanya diberikan kepada adik-adik je dan saudara kecil. Itupun dapat sorang singgit je.

4. Tiket Raya (balek kampong)Lagi seminggu nak puasa aku dah beli awal2 balik ke Kulim. Itupun harga tiket mahal. Rasa macam nak mengamuk je masa tu. Untuk balik dari KUlim ke KL, aku dah pesan kat abg izam suruh belikan.

5. Cuti RayaLama la jugak. Hik hik.

6. Kad RayaTahun ni company sponsor kad raya. Kononnya bagi kat customer. Aku yang buat development ni mana la ada client. So, aku bagi semua kad raya tu kat family, sahabat2 yang aku terasa nak bagi dan sedara mara. Termasuk la kat my buah hati. Pun dapat kat raya company jugak..hehe..

7. ZakatTahun lepas abah bayar. Tahun ni mungkin abah yang bayarkan jugak. Tapi kena la bagi duit kat abah untuk tolong bayarkan.

8. Plan RayaRaya pertama di Kulim. Raya ke-2 di Kulim. Raya ke-3 di Kulim.. Sampai la cuti aku habis. Pun raya di Kulim jugak.

9. Shopping RayaAwal-awal pagi lagi aku dah gi pasar ngan mak. Beli ayam daging untuk buat ketupat rendang. Pastu shopping kat Tesco Extra Seberang Jaya yang baru bukak. Dulu namanya Makro. Aduh, sesak jugak la nafasku. Shopping kat situ je dah abis RM500. Alamatnya ikat perut la aku bulan ni. Nak topup pun dah tak mampu dah ni.

10. Ucapan RayaSelamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Maaf zahir dan batin. Simple, dan ringkas. Malas nak tulis panjang-panjang.

Friday, September 26, 2008

I Miss U

Hari ni dah 8 hari abg di Batam. Bila abg nak balik? Last day aku jumpe dia pun masa buka puasa sama-sama. Rasa macam dah berbulan-bulan lamanya tak jumpe dia.. Rindunye aku kat dia..hehee.. Poyo kan ayat aku.. Tapi itulah hakikatnya. Aku tak dapat menipu diriku sendiri.. I’m not hypocrite. Mmg aku terlalu rindukan dia..Terlalu rindukan dia.. Adakah dia pun rindukan aku sepertimana aku rindukan dia?

I do miss him and I want you to know…

Thursday, September 25, 2008

My Life

I’ve been through all the ups and downs in my life. But for the things that happened in my life since that “moment” really show how weak I am. I think I’m strong, but actually I’m not. I cried alone all night long. Kekasihku kena paksa kawin dgn org lain tu. Saper yang tak sedih. Tak pernah terfikir akan menghadapi keadaan yang sangat getir macam ni. Betapa sukarnya hidup ini. Betapa pedihnya luka ini. Aku dah cuba berjalan untuk mencari hidup aku yang sebenar. But I failed. Aku buka peluang. Aku buka lorong. Masih gagal. I still hope have a miracle. Or I should accept my fate.

I feel that I am all alone padahal sebenarnya tak. Ramai lagi yang sayangkan aku, menghargai aku dan mencintai aku sepenuh hatinya. I’m stil have family. Tetapi yang masalahnya sekarang ini aku. Bukannya aku tidak tahu, tetapi keadaan…


I cried in my dreams.


Kenapa? Kenapa itu yang aku perlu alami? Adakah kerana dosa aku yang lepas?


Ampunilah dosaku Ya Allah. Aku hambaMu yang hina.


Untuk masa ini, segalanya sudah kembali jernih dan menenangkan. Aku sudah tidak peduli dengan apa yang telah berlaku, yang aku fikirkan adalah tentang masa depan, tentang adakah manusia itu akan berubah, tentang adakah manusia itu mampu berfikir secara rasional dalam urusan memiliki dan dimiliki. Kerana semuanya melibatkan tentang masa depan orang lain.


Aku berdoa agar segalanya akan kembali pulih seperti sediakala dan di dalam keadaan yang baik-baik sahaja.


Semoga hari raya ini, hari yang indah buatku.. Buat family ku.. Dan buat kekasih hatiku..


Malam sebelum itu, aku pernah berdoa kepada Dia agar segalanya terungkai kerana aku dapat merasakan yang aku bersedia untuk menerima dan mendengar segalanya. Biarlah seburuk manapun kisah itu, aku ingin tahu. Jiwa ini terlalu meronta-ronta. Aku tidak mahu hidup ini terus dipersiakan.


People make mistake. So do I. Aku rasa bersalah dan berdosa. Biarlah, yang berlalu tu biarkan berlalu. Lagipun I’ve already promise to myself, malas nak fikir sangat all the things. Walaupun jantung ini sesak nak mengepam darah ke seluruh badan, walau nafas ini semput, walau kepala ini berselirat segala urat, walau mata ini tidak mahu pejam, walau hati ini runtun dan rasa ingin mahu menangis sepuas hati. Aku cuba jadikan fikiran ini kosong. Cuba pejam mata, dan biarkan segalanya berlalu.

Wednesday, September 24, 2008

I’m still counting the days

“Bagi abg masa untuk abg cakap baik2 dgn ma.”

“OK, Syg bagi abg masa sampai hujung tahun ni, kalau tak ada apa2 jgk yg boleh abg buat.. Maknanya kita mmg takder jodoh lepas ni..”

99 hari lagi.. Nampak mcm lama lg kan? Pejam celik, pejam celik… Sekejap je tu.. Aku pun tak tahu bagaimana kesudahannya nanti. Hatiku berdebar2..

Break off atau Kahwin. Sukarnya apabila tiba persoalan yang menduga hati.

Adakah aku terlalu kejam bagi syarat macam ni. Actually, aku yang kejam pada diri sendiri. Aku tahu, aku akan menyesal nanti bila ending nya tidak terjadi seperti yg aku mahukan. Tp ini lah jalan yg kurasakan terbaik. Aku dah penat menunggu. Aku dah tunggu 2 years.. Nampaknya, ma mmg tak sukakan aku. Teruk sangat ke aku ni?

Aku tahu, abg jugak dah usaha mcm2 cara utk lembutkan hati ma. I know, he’s really2 love me.. Tapi sama jgk. Kadang2 aku rasa ma terlalu kejam pd anaknya sendiri. Tapi bila fikir balik, maybe ini cara dia utk protect anak dia. Dia nak yg terbaik utk anak dia. Dan aku bukanlah calon menantu yg terbaik..huhuu..

Korang rasa tak apa yg aku rasa?

“Tahun depan kalau abg still x dapat buat apa2 jgk, aku akan pergi jauh dari hidup abg…”


Dan masa ni, aku takkan berpatah balik.. Aku akan pergi sejauh yang mungkin. Sehingga tak mungkin dia dapat menjejaki ku.(Dia pun tgh bz skrg nih, mcm mne dia nak cari aku..) Masa tu, bila dia dah bosan tunggu aku, dia akan terima pilihan family. Boleh ke aku terima kenyataan yg memedihkan ni..


I talk to one of my friend about this. Tentang jodoh dan pertemuan. Aku bukan desperate untuk berkahwin, tetapi aku memerlukan cinta dan kasih sayang. Sebab itu yang memberi aku kekuatan selama ini… Tapi bila dah sampai ke tahap umur macam ni, perbincangan tentang perkahwinan itu tak akan dapat lari. Tambahan pula kita sebagai perempuan…


Bila bercakap tentang soulmate dan perkahwinan, kita bukan nak kahwin dengan soulmate kita tu sahaja. We are married to his family too, so do him. Penerimaan keluarga itu penting. Kalau semuanya baik dan dapat menerima kita seadanya… menyayangi kita… apa salahnya diberi peluang. TApi jika tidak, baik aku tarik diri skrg dari aku lebih kecewa nanti.


Love is much more important. Perkahwinan adalah prosess untuk kita mencari kehidupan yang lebih baik. That’s why aku buat mcm ni. Aku bukan memaksa. Tapi aku terpaksa.


dalam hati: mungkin “komitmen” itu bukan milik ku…


Walaupun aku terpaksa pergi dari hidup dia pun, tp dalam hati dan fikiran aku cuma ada seorang lelaki sahaja yang terpahat kuat. Yang bisa buat aku menangis, gembira dan bahagia. Tak mungkin semudah itu untuk aku mengubah segalanya.


I want him to know that he’s my strenght. He’s my backbone and my inspiration. I love him so much, more than what he know.Whoever he is and what is his past. He’s still my guidance light, the love of my life.

Tuesday, September 23, 2008

Kau di paksa aku terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

p/s: think of the hidden meaning.

Lagu ni menusuk perasaanku. A song that make my tears falling down on my cheek…huhuu..so hurt..

Friday, September 19, 2008

My Planning

Perancangan yang aku buat untuk diri aku sendiri. Before aku menjejakkan kaki ke usia 30-an, aku mesti:

* Berjaya memperolehi Master Degree in IT.(Kalau aku x kawin2 lg)
* Kahwin with My Prince Charming… (Aku masih berharap..)
* Have 2 kids. (sempat ke ek?)
* Sudah ada saving 30k.. (Insyallah)
* Own a car.(Keta cikai pun takper, janji ada)

Thursday, September 18, 2008

Pindah Johor

Dapat msg from my sister,

“Lepas raya ni akak kena pindah Johor.”

Terus mood aku bertukar pada skala kesedihan. Aku pun tak tahu kenapa aku mesti sedih. Bukannya jauh sangat pun johor tu. Bukannya pindah overseas pun..hehee…

But I’m just thinking. After this, aku dah takder tempat untuk transit dari KL ke Kulim seperti kebiasaannya. Selalunya, Lumut menjadi tempat persinggahan aku sebelum balik Kulim. Boleh la aku bermain-main with my niece yg cute tu dan bercerita panjang dgn my sis.

Itu tidak apa-apa sangat. Tapi yang buat aku sikit terkilan, mak aku tak sempat nak gi umah akak kat Lumut. Kesian adik-adikku, Adam dan Amelia. Diorg teringin sangat nak pergi Lumut. Tapi tak kesampaian..huhuu.. Takper la Adam, nanti akak Shirah bawak Adam gi Kota Tinggi. Lagi best dari Lumut. Selama ini bukan aku taknak bawak diorg. Tapi budget takder..hehee.. Al-maklum la, aku ni banyak sgt komitmen. Rumah, family..huhuu..

I miss u my niece… Adriana Safina..