1. Baju RayaTahun ini baju rayaku kaler purple. My Fevret kaler. Konon-konon kalau aku nak kahwin nanti pun aku nak kaler tema purple. Slamberrrrr.. Tu pun kalau ada orang yang nak datang meminang aku. Beli baju raya untuk mak, abah, adik-adik (Shuhada, Amilia, Adam) dan untuk anak buah (Nurul Ashikin). Walaupun duit tinggal nyawa2 ikan, yang penting diorg hepi.
2. Kueh RayaKueh raya adalah hasil tangan my sister. Itu pun malam raya ke-2 baru dapat. Yang lain2 tu buat kueh tradisional je.. Seperti cucuq meneram, kueh rotan, kueh siput. Maruku & kekacang beli aja. Tahun ni sangat simple. Al-maklum la ramai adik beradikku yang tiada. Mood raya tu kureng sikit.
3. Duit rayaOleh kerana gajiku hampir habis buat persiapan raya, beli baju raya dan nak tukaq duit pun tak dapat. Jadinya, pemberian duit hari raya hanya diberikan kepada adik-adik je dan saudara kecil. Itupun dapat sorang singgit je.
4. Tiket Raya (balek kampong)Lagi seminggu nak puasa aku dah beli awal2 balik ke Kulim. Itupun harga tiket mahal. Rasa macam nak mengamuk je masa tu. Untuk balik dari KUlim ke KL, aku dah pesan kat abg izam suruh belikan.
5. Cuti RayaLama la jugak. Hik hik.
6. Kad RayaTahun ni company sponsor kad raya. Kononnya bagi kat customer. Aku yang buat development ni mana la ada client. So, aku bagi semua kad raya tu kat family, sahabat2 yang aku terasa nak bagi dan sedara mara. Termasuk la kat my buah hati. Pun dapat kat raya company jugak..hehe..
7. ZakatTahun lepas abah bayar. Tahun ni mungkin abah yang bayarkan jugak. Tapi kena la bagi duit kat abah untuk tolong bayarkan.
8. Plan RayaRaya pertama di Kulim. Raya ke-2 di Kulim. Raya ke-3 di Kulim.. Sampai la cuti aku habis. Pun raya di Kulim jugak.
9. Shopping RayaAwal-awal pagi lagi aku dah gi pasar ngan mak. Beli ayam daging untuk buat ketupat rendang. Pastu shopping kat Tesco Extra Seberang Jaya yang baru bukak. Dulu namanya Makro. Aduh, sesak jugak la nafasku. Shopping kat situ je dah abis RM500. Alamatnya ikat perut la aku bulan ni. Nak topup pun dah tak mampu dah ni.
10. Ucapan RayaSelamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Maaf zahir dan batin. Simple, dan ringkas. Malas nak tulis panjang-panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment